Interview TAPEM

Okay since ada few people yang pm me asking about interview for pinjaman TAPEM so i decided to post it here. Lagi senang kan nanti orang tanya i can just "oh you can read it on my blog. Ive posted about it" gitewww. Tbh i cant really remember how was the interview (banyak makan semut) tapi i do still remember la benda benda penting camtu.

Okay firstly, bila korang dah apply apa semua tu pastu tunggu la TAPEM hantar mesej "Tahniah, anda layak . . . untuk menghadiri temu duga bla bla bla" dia akan just bagi tarikh and tempat je sampai kau tertanya betul ke idok ni ha. Memang dia memang camtu mainkan perasaan sikit lol. PENTING ! Make sure number phone yang korang isi kat borang tu is number yang korang guna tau. Cam aku problem sebab dalam borang tu aku isi number lain tetiba number tu deactivated pulek masa permohonan aku masih dalam proses lagi. Terpaksalah aku suruh pak cik aku check kan nama aku ada ke tak untuk iv. Lepastu nak dijadikan cerita iv aku dah terlepas tarikh dah, kene pulak datang tarikh lain. NASIB BOLEH ! pheww

Masa hari kejadian, aku bawak file yang berisi sijil (tak perlu pon saje nak nampak cam cool en) , buku nota and sebatang pen. Make sure datang awal  jangan iv pon bantai gak datang lambat hmmm. Nanti dia akan suruh check nama lepas sign dia bagi borang suruh isi. Lepas isi borang dia bagi no giliran suruh tampal kat baju or tudung. Then baru bergerak ke bilik iv kat sebelah. Dah duduk semua dah ready dia briefing sikit pastu dia suruh perkenalkan diri sorang sorang. YES GROUP INTERVIEW lupa pulak nak bagitau. Dalam borang yang korang isi tadi tu bawah sekali ada soalan kenapa korang mohon TAPEM. Dah tu memang semua jawab nak elak PTPTIPU lah jawabnya kan. Nanti dia tanya tanya lah sikit background family and ada tak adik beradik lain yang amik jugak pinjaman TAPEM. Jujur gais jangan tipu diaorang boleh track lol.

Second section pulak dia tanya pengetahuan am cam nama menteri pengajian tinggi, nama ketua menteri melaka. Nama penuh siap gelaran + bin semua tau and dia akan tanya sampailah nama ketua kampung kau haaa aku pon tak tau sape ketua kampung aku. Kene tau tempat tinggal korang tu adun mana siapa nama adun parlimen mana oi. Pastu masa aku tu ada soalan apa maksud slogan 'dont mess with Melaka'. Nasib aku dah baca dulu so aku tau la jawapan dia apa. Ada yang jawab sebab bersejarah so orang takleh cari gaduh like whuttttt? K. Actually jangan buat sepah tu je. Tak silap aku section yang ni kot dia ada suruh sebut rukun negara and nyanyi lagu negeri melaka. Time ni memang hancur ah semua lirik lagu Aiman Tino pulak tetiba yang keluar ( tipu je).

Third section, dia bagi soalan pastu ha sape nak jawab , jawablah. Soalan yang aku dapat 'apa pandangan anda tentang pentadbiran Malaysia sekarang' camtu kot lupa dah sorry :( time ni memang kene hipokrit sikit jangan jujur sangat. Tetiba aku puji Malaysia melambung lambung huhu. Sape banyak bersuara banyak lah points dia dapat. Habis dah tiga-tiga section. Tak lama sangat lah ada la sejam lebih dalam tu. Time aku iv tu nasib la bukan pengarah TAPEM yang jadi panel so selamat sikit ah. Goodluck for those yang terpilih for iv ! Nak tau ke next proses kalau berjaya dapat pinjaman ? Should i post another story about that? KOMEN KALAU NAK ! Kbye :)

Comments

  1. Sis, senang ka nk dpt pinjaman tu? I meant dia observe msa iv ja? and what happen next kalau dpt pinjaman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan hantar surat suruh datang taklimat. masa taklimat tu dia akan explain secara details. senang tak senang tak boleh nak cakap lah. insyaAllah ada rezeki awak dapat. kalau tak dapat this time mohon je lagi. mostly dapat je

      Delete
    2. Lma ke masa nk dpt pinjmn tuh selepas int??

      Delete
  2. CAN I KNOW BERAPA LAMA DIA PROSES UNTUK DPT PINJAMAN NI

    ReplyDelete
  3. thank you sis... membantu sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tips : Isi UPU