Movie Review : Train to Busan



Mesti korang dah tengok kan kat wayang cite Train to Busan?? Bukan selalu ada tau filem Korea masuk panggung kat Malaysia ni. Disebabkan aku dengan #genggedik memang jenis layan drama Korea so memang excited lah bila filem ni masuk panggung. So rabu lepas pergila tengok wayang dekat GSC Jusco Melaka. Mentang mentang hari Rabu tiket murah, punyalah panjang barisan nak beli tiket sampai terlepas show time. Nasib GSC tayang banyak kali dalam 1 hari . Untuk sesiapa yang belum tengok meh aku cerita sikit hehe *spoiler alert.

Fokus cerita ni ialah kepada seorang pengurus pemegang saham, Seok Woo yang handsome gila (lol) bawa anak dia Soo An dari Seoul ke Busan naik KTX untuk jumpa dengan bekas isteri dia sempena birthday Soo An. Masa dalam perjalanan tiba-tiba train attendant nampak seorang perempuan tengah menggelupur dekat atas lantai and kaki dia ada kesan gigit. Si train attendant tu pon panggil la kawan dia tapi belum sempat kawan dia datang perempuan yang menggelupur tadi terkam and gigit leher dia terus dia bertukar jadi zombie. Start tu la kecoh dari satu gerabak ke gerabak yang lain sebab bila zombie tu gigit je mana mana anggota badan org tu akan automatik jadi zombie haa gitu. Rupanya satu korea dah diserang zombie and train dorg terpaksa teruskan perjalanan sebab semua station tak selamat. Diaorang stuck dekat Daegu sebab jalan dah kene block. Ada beberapa orang je yang survive termasuklah Seok Woo, Soo An dengan Seong Kyeong . Tapi disebabkan last-last tu Seok Woo kene gigit sebab nak selamatkan anak dia dengan perempuan tu dari zombie so dia pon sama jadi zombie and masa dia nak bertukar jadi zombie tu dia jatuhkan badan dia dari train tu. Aku rasa sebab dia tak nak cederakan anak sendiri. 

Paling sweet dalam cerita ni Sung Hwa dengan Seong Kyeong sebab Sung Hwa jaga gila bini dia yang mengandung sampai dia korbankan diri dia masa nak selamatkan orang lain dari kene serang dengan zombie. Plot twist dia bila serious aku ingat hero dia Seok woo tu bertahan sampai habis cerita rupanya tak jugak :( sedih gila bila anak dia tak kasi ayah dia pergi tapi ayah dia tolak tangan anak dia and terus lari pergi belakang keretapi. 

Overall, cerita ni best sangat ! All the zombies looked so real weh bukan macam zombie kampung pisang tu ye XD  Plot cerita pon tersusun takde la kau pening tetiba flashback ke apa. kalau tengok behind the scene dia memang jauh gila dengan the final product. Grafik power gila semua nampak real. You guys much watch this movie ;)

Comments

Popular posts from this blog

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Interview TAPEM

Tips : Isi UPU